Saturday, June 30, 2007

166 Tip Sales Efektif

166 Tip Sales Efektif

Description
Sinopsis

Sekiranya anda minat berniaga dan ingin tahu tip-tip yang dapat membantu meningkatkan jualan, inilah bukunya. Antara yang menarik adalah teknik menjawab bantahan, menyemarakkan semangat yang lemah dan cara menjawab pembenci jurujual. Sesuai untuk mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan konvensional, multilevel marketing, insurans, takaful, amanah saham dan sebagainya.

Mengapa menjual? Adakah bagi mencari keuntungan semata-mata? Adakah bagi memuaskan kehendak material yang bersarang di jiwa? Ya, ini semua adalah antara sebab seseorang itu menjual.

Namun begitu, itu semua cuma membawa keuntungan yang bersifat sementara. Mesej utama yang ingin kami sampaikan dalam buku ini cukup mudah, iaitu kita perlu menjual dengan niat yang betul. Usah jadikan wang ringgit sebagai matlamat nombor satu kita tetapi berniatlah bagi menjadikan kerjaya jualan sebagai satu cara membantu orang memenuhi keperluan mereka. Dengan demikian, kita akan lebih berjaya.

Mengejar impian. . . .
Impian di hati. . . .
Disemai dan dibaja. . . .
Dijaga rapi. . . .
Akhirnya mereka berjaya jua. . . .
Menjadi jurujual. . . .
Jurujual terbilang!
Selamat membaca dan semoga kita berjaya!

ISBN: ISBN 983-3585-41-8
Writer: Sharuddin Abdullah, Ashadi Zain,

15 Teknik Efektif Internet Marketing

15 Teknik Efektif Internet Marketing

Description

Semakin ramai yang klik laman web anda, semakin besar peluang anda meraih keuntungan! Tetapi bagaimana kaedah efektif yang dapat menarik perhatian umum mengunjungi laman web anda?

15 Teknik Efektif Internet Marketing dengan cara real time hands on memudahkan pembaca terus mempraktikkan setiap teknik yang dipelajari tanpa perlu membaca keseluruhan buku ini. Disajikan bersama dengan segala maklumat lengkap, teknik komprehensif dan trend terkini bagi mempromosikan laman web.

Usahawan, eksekutif pemasaran, konsultan, pereka laman web dan individu umum pasti mendapat manfaat daripada buku ini kerana ia membantu anda:
- Mempromosi web tanpa membazir masa dan wang
- Menambah pengunjung laman web dengan mudah dan cepat
- Memperluaskan hit pengunjung melangkaui sasaran dan sempadan tempat
- Memasarkan produk, servis dan idea dengan menggunakan newsgroup, mailing lists, e-zines, web rings, affiliate, opt in dan lain-lain lagi
- Memikat pengunjung datang kembali kepada laman web anda

Anda juga berpeluang download banyak bahan maklumat dari laman web penulis dengan menggunakan kata kunci rahsia daripada buku ini. Buku ini dan laman web penulis adalah gabungan yang tiada tandingan!


ISBN: ISBN 983-3585-29-9
Writer: Mohd Fuad Abdul Latip

Rahsia Buat Duit Dengan Internet + CD

Rahsia Buat Duit Dengan Internet + CD

Description
Sinopsis

10 langkah mudah menjadi usahawan Dot Com.

Pada 2010, berniaga di e-dagang dijangka memperoleh keuntungan sehingga US$40 bilion. Ramalan ini menarik minat penduduk seluruh dunia menceburi bisnes secara online sehingga meningkat mendadak lebih 500 peratus.

Ini adalah cabaran bagi pemilik bisnes online bersaing menarik minat pengunjung internet membeli produk mereka.

Rahsia Buat Duit dengan Internet memberi panduan bagi mereka yang ingin meraih keuntungan melalui internet. Ia juga dilengkapi dengan CD bagi membantu bakal jutawan:
-Membina laman web yang efektif.
-Memasarkan perkhidmatan dan produk perniagaan dengan cara yang mudah.
-Cara paling efektif menjadikan laman web anda kerap dikunjungi pembeli.
-Mengetahui kesilapan yang selalu dilakukan peniaga e-dagang.
Isi Kandungan

Daripada laptop penulis
Langkah 1: Kami, Anda, Mereka dan Internet
Langkah 2: Bekalan bagi Pengembaraan yang Menguntungkan
Langkah 3: Produk Terhangat di Pasaran
Langkah 4: Model Perniagaan Terlaris Masa Kini
Langkah 5: Membina Laman Web yang Efektif
Langkah 6: Hosting: Tapak Bisnes Anda
Langkah 7: Penjenamaan Melalui Domain
Langkah 8: Melancarkan Bisnes Dot Com Anda
Langkah 9: Merancang Pengiklanan Berkesan
Langkah 10: Pecutan Terakhir, Pemasaran Gemilang

ISBN: ISBN 983-3585-24-8
Writer: Wan Mohd Syazwan Wan Sukri, Sabri Hassan Assa\'ari,

Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis

Description
Sinopsis

Menulis sehingga dikagumi bos dan rakan sekerja.

Menulis dengan jelas, betul dan efektif bukanlah perkara sukar. Dengan kaedah dan teknik yang praktikal, para profesional berupaya menghasilkan penulisan bisnes ataupun korporat yang efektif.

Dalam Kemahiran Menulis, anda mampu:
-Mengenal pasti teknik terbaik dalam menyampaikan maklumat melalui penulisan.
-Mempelajari kemahiran mengedit penulisan (tatabahasa, penggunaan bahasa dan ayat yang betul).
-Menghasilkan kertas kerja, laporan, surat, memo, e-mel dan dokumen pejabat yang meyakinkan.

Fast Track Executive ditulis khas untuk eksekutif ataupun pengurus yang sentiasa mengejar masa. Dilengkapi dengan ikon-ikon bagi memudahkan sesiapa sahaja yang membacanya.

ISBN: ISBN 978-983-3376-73-5
Writer: Goh Ying Soon, Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori

Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas

Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas

Description
Sinopsis

Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.
Buku ini disediakan khusus bagi mereka yang mahu men-jadikan penulisan majalah sebagai kerjaya sampingan dari rumah. Ia menguntungkan mereka sebagai seorang penulis bebas tanpa perlu menjejaskan pekerjaan yang sedia ada.

Buku ini juga disusun khusus bagi para remaja yang berminat mencipta nama dan membina saluran kewangan yang membantu bagi tujuan peribadi mereka. Ia menggabungkan pelbagai jenis strategi berjaya yang digunakan oleh penulis-penulis bebas yang berjaya mengumpul ribuan pembaca menjadi kelompok pembaca setianya meskipun pada usia yang muda.

Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.

Pendekatan-pendekatan yang kurang berjaya turut di-ketengahkan bagi membantu para penulis bebas supaya tidak melakukannya buat kali kedua. Ia juga sebagai mengambil langkah sesuai bagi menjimatkan masa dan usaha yang di-tumpukan dalam penulisan rencana bagi keperluan majalah.

Menariknya, buku ini tidak memerlukan setiap pembacanya mengikuti satu demi satu bab dari awal hingga akhir. Tetapi buku yang disusun dengan bahasa yang mudah dan contoh yang boleh difahami ini memberi kebebasan kepada para pembaca memilih mana-mana bab yang dikehendaki dan terus bertindak mengikut keupayaan diri tanpa perlu bimbang daripada ketinggalan.

ISBN: ISBN 978983-3585-31-1
Writer: Zamri Mohamad

Siri Mula Bisnes Lembu

Siri Mula Bisnes Lembu

Description

Malaysia mengimport lembu dari Australia hampir 6000 ekor sebulan yang menelan belanja hampir RM10 hingga RM120 juta sebulan. Kenapa tidak kita sendiri yang menjadi pembekal kepada negara?

Bisnes lembu mendatangkan pulangan yang lumayan. Dapatkan buku ini dan anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas cara membuka bisnes berkaitan lembu termasuk penternakan, penjualan dan juga menjual daging lembu. Anda boleh memilih sama ada ingin menternak sahaja ataupun menjual sahaja ataupun kedua-duanya sekali. Semua jenis ini diceritakan secara terperinci daripada segi modal, keperluan, keuntungan, cara memulakan bisnes dan berbagai-bagai perkara penting yang perlu anda tahu.

ISBN: ISBN 983-3585-86-8
Writer: Johar Seman

Tukang Gunting Jutawan

Tukang Gunting Jutawan

Description
Bermula dari bawah pokok, dengan keadaan daif, malu, segan silu, seorang yang begitu terdesak, memulakan langkah.
Beliau mempunyai misi, anda akan tergelak besar bila mendengar misi beliau. Misi beliau ialah mahu menjadi orang kaya baru!
Dengan sabar dan tekun beliau meneruskan usahanya. Cercaan, penghinaan, ejekan dijadikan batu loncatan untuk mara ke depan. Tahu apa terjadi? Beliau akhirnya menjadi kaya.
Bagaimana beliau mencapai misi tersebut? Mengapa dengan segera beliau menukar misi untuk menjadi kaya? dan yang paling penting sekali, apa pengajaran dan langkah yang boleh diikuti? Buka buku istimewa ini, anda akan menemui rahsia bagaimana tukang gunting yang bermula di bawah pokok akhirnya menjadi kaya.

ISBN: ISBN 983-3585-76-0
Writer: Razzi Armansur