Saturday, June 30, 2007

Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas

Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas

Description
Sinopsis

Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.
Buku ini disediakan khusus bagi mereka yang mahu men-jadikan penulisan majalah sebagai kerjaya sampingan dari rumah. Ia menguntungkan mereka sebagai seorang penulis bebas tanpa perlu menjejaskan pekerjaan yang sedia ada.

Buku ini juga disusun khusus bagi para remaja yang berminat mencipta nama dan membina saluran kewangan yang membantu bagi tujuan peribadi mereka. Ia menggabungkan pelbagai jenis strategi berjaya yang digunakan oleh penulis-penulis bebas yang berjaya mengumpul ribuan pembaca menjadi kelompok pembaca setianya meskipun pada usia yang muda.

Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.

Pendekatan-pendekatan yang kurang berjaya turut di-ketengahkan bagi membantu para penulis bebas supaya tidak melakukannya buat kali kedua. Ia juga sebagai mengambil langkah sesuai bagi menjimatkan masa dan usaha yang di-tumpukan dalam penulisan rencana bagi keperluan majalah.

Menariknya, buku ini tidak memerlukan setiap pembacanya mengikuti satu demi satu bab dari awal hingga akhir. Tetapi buku yang disusun dengan bahasa yang mudah dan contoh yang boleh difahami ini memberi kebebasan kepada para pembaca memilih mana-mana bab yang dikehendaki dan terus bertindak mengikut keupayaan diri tanpa perlu bimbang daripada ketinggalan.

ISBN: ISBN 978983-3585-31-1
Writer: Zamri Mohamad

No comments: