Friday, June 29, 2007

Makan Gaji Tetapi Kaya

Makan Gaji Tetapi Kaya

Description

Buku ini ditulis bagi memberi gambaran daripada setiap penjuru kehidupan sebagai pekerja. Ketahui risiko yang perlu dihadapi apabila memilih makan gaji sebagai penyelesaian bagi menyara hidup. Ia juga bertujuan membawa pekerja memikirkan kesan apabila masih berfikir dan bekerja secara kolot. Menghuraikan dilema seorang pekerja dan tip-tip mengatasinya. Ia membincangkan peluang menambahkan pendapatan sampingan walaupun makan gaji.

Adakah anda letih hidup kais bulan makan bulan? Tanpa meninggalkan alam pekerjaan, anda mampu untuk bebas daripada kemelut tekanan akibat pekerjaan, kos sara hidup dan menikmati hidup yang senang dan kaya. Tetapi bagaimana?”

Jika jawapan anda ya bagi persoalan di atas, bacalah buku ini. Antara perkara yang bakal anda pelajari:
1.Bagaimana menjana pendapatan aktif.
2.Bagaimana menjana pendapatan pasif.
3.Bagaimana mengurus wang keluar masuk.
4.Bagaimana melabur wang anda dalam pelaburan hartanah.

Ditulis dalam bahasa mudah dan sebahagian fakta diselitkan bagi memudahkan pembaca terutama pekerja dapat menyerapkan pemahaman kepada praktikal.
Isi Kandungan
Penghargaan
Pendahuluan
BAB 1: Bom Jangka yang Bakal Meletup
BAB 2: Mengapa Anda Bekerja?
BAB 3: Dilema Pekerja Makan Gaji
BAB 4: Keburukan Menjadi Pekerja Kolot
BAB 5: Pekerja yang Hebat
BAB 6: Mengapa Anda Perlu Berubah?
BAB 7: Uruskan Aliran Wang Masuk dan Keluar
BAB 8: Menjana Pendapatan Alternatif
BAB 9: ‘Mesin Cetak Wang’ Kelas Pertama
BAB 10: Halangan Menjadi Kaya
BAB 11: Cipta Pelbagai Sumber Pendapatan
BAB 12: Satu Pelaburan Terbaik
BAB 13: Faktor yang Perlu Diambil Kira
BAB 14: Bagaimana Hartanah Menjadikan Anda Kaya
BAB 15: Membina Aura Dalaman
BAB 16: Melengkapkan Diri dengan Ilmu
BAB 17: Membina Empayar
BAB 18: Mencapai Taraf Stabil
Indeks
Biodata Penulis

ISBN: ISBN 983-3585-56-6
Writer: Shamsuddin Abdul Kadir

No comments: