Saturday, June 30, 2007

Menjadi Usahawan

Menjadi Usahawan

Description
Sinopsis

Dunia perniagaan hari ini menjadi komprehensif. Bagi memastikan perniagaan yang diusahakan mengecap kejayaan, para usahawan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat perniagaan.

Buku ini adalah sebuah buku yang komprehensif. Ia menerangkan bagaimana perkembangan keusahawanan di Malaysia, risiko-risiko yang bakal dihadapi dan bagaimana menyelesaikan masalah berkaitan perniagaan.

Buku ini membimbing usahawan membentuk rancangan perniagaan, urusan pendaftaran perniagaan dan pengurusan kewangan perniagaan.

Antara perkara lain yang diterangkan di dalam buku ini adalah cara-cara membentuk strategi pemasaran yang berkesan, bagaimana membina keyakinan diri dengan memahami prinsip-prinsip kejurujualan serta langkah-langkah meningkatkan keberkesanan tenaga jualan.

Bab-bab di dalam buku ini diolah dengan ringkas dan padat bagi memudahkan pembaca memahami isi kandungannya. Bab 1 menjelaskan barkenaan bagaimana perkembangan keusahawanan di Malaysia, ciri-ciri yang diperlukan, risiko yang bakal dihadapi serta cara menangani masalah dalam menguruskan perniagaan.

Bab 2 pula menerangkan berkenaan persediaan yang diperlukan oleh usahawan sebelum menjalankan perniagaan seperti menilai persekitaran, membentuk rancangan perniagaan, urusan mendaftarkan perniagaan dan mengurus kewangan perniagaan.

Bab 3 dan 4 dapat membantu usahawan mempelajari konsep asas pemasaran dan seterusnya dapat membentuk strategi pemasaran yang berkesan ke atas keluaran, harga, promosi dan agihan. Bab 5 pula pen-ting bagi seseorang usahawan bagi menentukan siapa yang bakal menjadi pasaran sasaran ke atas keluaran ataupun perkhidmatan yang dihasilkan. Maklumat ini berguna kerana dengan menentukan siapa pasaran sasaran, usahawan dapat memberi tumpuan bagi memahami gelagat pasaran sasaran dalam membuat pembelian. Bab 6 menjelaskan berkenaan prinsip kejurujualan, proses penjualan dan teknik serta perancangan kejurujualan. Pengetahuan ini berguna kepada usahawan dalam membentuk peribadi diri yang berani, yakin dan berpengetahuan. Bab terakhir pula memberikan penjelasan ringkas berkenaan pentingnya jualan persendirian dan tanggungjawab seorang pengurus jualan dalam meningkatkan keberkesanan perniagaan.

Kekuatan dan keistimewaan buku ini terletak pada bab-bab yang dinyatakan dengan ringkas seperti di atas. Dalam menghasilkan karya yang bermutu, penulis pastinya tidak dapat lari daripada sebarang kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan. Kami bersedia menerima sebarang kritikan daripada segi ejaan, istilah dan sebagainya bagi meningkatkan kualiti buku ini untuk edisi yang seterusnya.

Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan yang akan menamatkan alam persekolahan. Memandangkan isi kandungannya yang ringkas dan menarik, buku ini wajar dimiliki oleh semua golongan tidak kira pelajar ataupun individu perseorangan yang begitu menghargai ilmu yang akan memberi kebaikan kepada diri sendiri dan perniagaan yang bakal diceburi.
Isi Kandungan

Daripada Pengarang
1. Apa Itu Usahawan dan Keusahawanan
• Perkembangan Bidang Keusahawanan Di Malaysia
• Definisi Usahawan dan Keusahawanan
• Ciri-Ciri Seorang Usahawan
• Risiko Yang Dihadapi Oleh Usahawan
• Usahawan Dan Ketegangan
• Cara Menangani Ketegangan
• Faktor-Faktor Yang Mendorong Seseorang Menceburkan Diri Ke Dalam Bidang Keusahawanan

2. Membangunkan Usaha Niaga
• Persediaan Kewangan Untuk Usaha niaga Baru
• Membangunkan Rancangan Perniagaan
• Menubuhkan Usaha Niaga Baru

3. Apa Itu Pemasaran
• Konsep Pemasaran Teras
• Matlamat Sistem Pemasaran

4. Campuran Pemasaran
• Jenama, Bungkusan dan Label
• Meletakkan Harga
• Promosi
• Pengagihan

5. Menganalisis Peluang Pasaran
• Mengenal pasti Segmen Pasaran
• Penyelidikan Pemasaran
• Memahami Gelagat Pengguna
• Pasaran Organisasi Dan Gelagat Belian Organisasi

6. Pengenalan Prinsip Kejurujualan
• Masalah-Masalah Prinsip Kejurujualan
• Proses Menjual
• Teknik Dan Perancangan Dalam Kejurujualan
• Menyediakan Laporan Jualan

7. Meningkatkan KeberkesananTenaga Jualan
• Jualan Persendirian
• Tanggungjawab Pengurus Jualan

No comments: