Saturday, June 30, 2007

Rahsia Minda Jutawan

Rahsia Minda Jutawan

Description

Buku ini untuk mereka yang ingin membebaskan diri daripada masalah dan kesempitan wang, kesukaran mendapatkan wang dan sentiasa mengalami kegagalan dalam usaha mendapatkan kekayaan dalam kehidupan.

Ia menunjukkan yang anda melaburkan masa dan wang bagi mengetahui dan ingin menggunakan rahsia yang terdapat dalam minda mereka yang berjaya.

Sebenarnya, ramai orang yang tidak begitu yakin menjadi kaya. Saya dapati terdapat pelbagai bengkel yang menyediakan ataupun dijalankan bagi mengajar asas-asas perniagaan, pengurusan kewangan, aspek perakaunan, dan pelbagai lagi pelajaran yang diajar bagi menjadi pemimpin ataupun ketua yang baik.

Bagaimanapun, tidak terdapat modul yang memberi penumpuan pada persediaan ataupun penjanaan minda supaya peserta mempunyai minda yakin bagi berjaya, dan fokus dalam mengejar matlamat perniagaan mereka.

Masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu masih terkebelakang dalam memahami ataupun menggunakan kekuatan minda bagi berjaya ataupun mencapai kekayaan. Program motivasi dan konsep-konsep psikologi yang dianjurkan masih banyak berbentuk membakar semangat perjuangan supaya berjaya (ibarat ubat perangsang) tetapi kurang adaptasi ataupun disiplin yang perlu diamalkan bagi membentuk minda yang betul dalam memulakan langkah-langkah bagi berjaya.

Oleh itu, buku ini bukan hanya memotivasikan ataupun merangsang minda anda supaya menjadi kaya, tetapi ia membuka minda anda.

Saya menerangkan langkah pertama supaya anda berjaya membuat anjakan paradigma supaya anda sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan, berfikiran besar dan sentiasa percaya yang kejayaan dan kekayaan itu sebenarnya dekat dalam diri anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah mempraktikkan kaedah-kaedah yang diamalkan oleh jutawan dunia ataupun orang yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Saya tidak menerangkan cara-cara memperoleh kekayaan secara fizikal. Sekiranya itu yang anda cari, saya menggalakkan anda berhenti daripada membaca buku ini dan anda perlu mencari buku-buku pelaburan ataupun kewangan yang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Sebaliknya, buku ini membincangkan kaedah menjadi jutawan dengan cara yang halus.

Saya ingin berkongsi pengetahuan ini dengan tujuan ingin mengubah minda mereka yang sentiasa kecewa dengan apa yang dihadapi, gagal dalam usaha mencapai matlamat dan miskin dengan pengetahuan menjadi lebih berjaya dan berani menjadi orang kaya. Bagi mereka yang berjaya, buku ini menjadikan anda lebih yakin dalam mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Kaedah yang terdapat di dalam buku ini adalah pelajaran ataupun langkah-langkah yang perlu anda ambil bagi mencapai matlamat. Selepas anda berjaya membentuk langkah yang betul, langkah-langkah yang lain menjadi lebih mudah dan lancar tanpa anda duga. Ini kerana anda mempunyai persepsi dan pandangan yang betul pada apa yang anda inginkan.

Rahsia Minda Jutawan mendedahkan apa yang ada dalam minda para jutawan dan mengajar anda bagaimana anda juga boleh mempunyai minda itu dan menjadi pemikir kejayaan diri anda sendiri. Buku ini membolehkan anda menentukan arah dan tujuan hidup anda, menjadikan anda pemenang dan yang penting menjadikan anda pemandu kepada perjalanan hidup anda sendiri.

Jadi, anda perlu mempraktikkan kaedah-kaedah yang dicadangkan di dalam buku ini supaya ada perubahan yang dapat anda kecapi dalam tempoh yang terdekat ini, insya-Allah.
Isi Kandungan
Pembuka Minda
Bahagian I: Anda adalah Apa yang Anda
Fikirkan
1 Diri Anda Mencerminkan Minda Anda
2 Minda Anda
3 Semuanya daripada Fikiran
4 Bagaimana Minda Menentukan Nasib Anda
Bahagian II: Rahsia dalam Minda Jutawan
5 Anda Ingin Menjadi Jutawan?
6 Rahsia Pertama: Kesedaran pada Kekayaan
7 Rahsia Kedua: Blueprint yang Betul Berkenaan Kekayaan
8 Rahsia Ketiga: Matlamat Kewangan yang Jelas
9 Rahsia Keempat: Menggunakan Kekuatan Minda Separa Sedar
10 Rahsia Kelima: Keyakinan dan Kepercayaan Diri yang Hebat
Bahagian III: Kuasa Minda
11 Kuasa Minda
12 Kekuatan Minda Manusia
13 Kuasa Minda Separa Sedar
14 Teknik Memperkasakan Minda
15 Visualisasi dan Imaginasi
Bahagian IV: Bagaimana Hendak Meniru Minda Jutawan
16 Manusia Peniru yang Hebat
17 Langkah Pertama: Membentuk Kesedaran Minda pada Kekayaan
18 Langkah Kedua: Mempunyai Matlamat yang Betul
Bahagian V: Jalan Menuju Kekayaan
19 12 Sebab Kenapa Anda Tidak Kaya
20 Lima Kunci Menarik Wang kepada Anda
21 Memilih Jalan Kekayaan
22 Lakukan Perkara yang Anda Inginkan!
23 Modal Menjadi Halangan?
24 Kuasa Memberi
25 Mulakan! (Perkara yang Ramai Orang Gagal Lakukan)
Ringkasan untuk Anda
Bibliografi
Indeks

ISBN: ISBN 983-3585-88-4
Writer: Amar Mahmood

No comments: