Saturday, June 30, 2007

Panduan Mudah Menjaga Kereta

Panduan Mudah Menjaga Kereta

Description

Buku ini yang setebal 206 mukasurat, ditulis untuk membantu majoriti pemandu yang tidak pasti bagaimana cara menjaga kereta yang betul. Anda disyorkan menyimpan buku ini di dalam kereta sebagai rujukan jika berlaku kecemasan.



Berdasarkan survey yang dibuat oleh penyusun, majoriti daripada kita sama ada pemandu veteran ataupun baru, lelaki ataupun perempuan “hanya tahu” bawa kereta sahaja tanpa tahu dengan pasti jarak masa pemeriksaan, penyelengaraan dan penjagaan komponen-komponen penting kereta.



Ada sebahagian daripada pemandu yang bergantung sepenuhnya kepada mekanik bila berlaku sahaja sedikit keganjilan atau kerosakan kepada kereta mereka. Ini semua melibatkan kos yang bukan sedikit, tambahan lagi dalam keadaan ekonomi yang menghimpit sekarang. Sebahagian yang lain “main agak-agak” bila nak servis aircond, check bateri, buat alignment, tukar timing belt dan sebagainya tanpa ada jadual yang tepat sebagai panduan. Tanpa jadual sebagai panduan, pemeriksaan berkala secara teratur sudah tentu tidak dapat dibuat. Sedangkan pemeriksaan dan servis yang teratur sepanjang hayat kereta sangat penting. Inilah cara menjaga kereta yang betul dan lebih murah. Pemeriksaan dan servis yang teratur dapat mengelakkan major breakdown secara tiba-tiba. Major breakdown sudah tentu memerlukan belanja yang besar sehingga beribu ringgit untuk membaikinya. Sentiasa ingat, mencegah lebih baik dan lebih murah daripada merawat.

Antara isi kandungan buku ini ialah cara-cara menjaga radiator, filter, belt, hose, brek, bateri, tayar, air-cond, shock absorber, lampu dan fluids seperti minyak hitam, cecair brek, cecair gear dan lain-lain. Selain daripada itu terdapat panduan cara-cara berurusan dengan bengkel kereta untuk mendapat khidmat servis terbaik dan mengelakkan diri daripada tertipu. Ada juga panduan apa yang perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan, tips-tips pemanduan ketika hujan dan pamanduan pada waktu malam. Dan banyak lagi tajuk-tajuk lain.



Apa yang menarik ialah disertakan topik khas tentang breakdown dan punca-puncanya. Sebagai contoh, jika enjin kereta anda mati dengan tiba-tiba, disenaraikan sebab-sebab yang mungkin menjadi puncanya untuk memudahkan anda membuat trouble shooting. Juga disertakan planner (jadual mudah) yang boleh anda isi. Planner ini lengkap dengan perbatuan dan jangka masa yang dicadangkan untuk check dan servis setiap komponen penting kereta. Sebagai contoh setiap tahun atau 20,000 km anda perlu periksa sistem pengecas bateri dan setiap 6 bulan atau 10,000 km anda perlu tukar minyak pelincir. Anda boleh gunakan planner ini untuk tempoh selama 6 tahun.



Buku ini tidak teknikal dan mudah difahami kerana ia disusun untuk membantu para pemandu yang berkerja sebagai kerani, guru, pegawai pemasaran, pegawai pentadiran, peniaga, pekerja kilang dan sebagainya yang tidak berkerja berkaitan dengan enjin.

ISBN: ISBN 983-43227-0-4
Writer: Ahmad Rusli

No comments: