Saturday, June 30, 2007

Rahsia Bisnes Orang Korea

Rahsia Bisnes Orang Korea

Description
Sinopsis

Orang Korea membuktikan bangsa yang tidak mempunyai pengalaman bisnes dan pencapaian ekonomi yang baik juga boleh berjaya dalam bidang itu. Rahsia itu ada pada orang Korea dan buku ini akan menyelongkar satu persatu inti pati rahsia itu.

Buku ini ditulis secara umum bagi memudahkan kita memahami dan memberikan gambaran secara ringkas tetapi menyeluruh mengenai formula kejayaan yang digunakan oleh orang Korea.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Korea Selatan asalnya bukan sebuah kuasa besar dan empayar hebat. Apabila kita selusuri, Malaysia dan negara-negara lain di dunia adalah lebih baik berbanding Korea Selatan.

Korea Selatan tidak memiliki potensi bagi membolehkannya menjadi negara industri yang penting dan kuasa ekonomi yang berpengaruh. Keadaan ini menjadikan Korea Selatan sebagai contoh kes istimewa dan paling mendapat perhatian daripada ramai pengkaji ekonomi serta budaya bagi mengenal pasti apakah keistimewaan dan kelebihan yang dimiliki oleh rakyatnya sehingga membolehkan mereka muncul sebagai bangsa yang disegani oleh pihak kawan serta lawan.

Banyak perkara, aspek dan ilmu bagaimana Korea Selatan menjadi sebuah negara maju boleh dipelajari. Malah, kaedah yang mereka gunakan itu bukan perkara yang mustahil dan luar biasa. Apa yang diperlukan adalah mengenali hati budi orang Korea, cara berfikir, strategi dan modus operandi yang digunakan bagi menukar bangsa konservatif menjadi bangsa paling dinamik serta inovatif.

Tanpa mengenali, memahami dan merasai sendiri degup nadi orang Korea, kita tidak akan berupaya mempelajari apatah lagi menghayati serta melaksanakan prinsip-prinsip yang digunakan oleh mereka.

ISBN: ISBN 983-3585-22-1
Writer: Ann Wan Seng,

No comments: